Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah bagi melindungi syarikat pengangkutan lori daripada dikenakan tindakan undang-undang.<br /><br />Bagaimanapun tertuduh berusia 40 tahun itu, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
